Sabtu, 14 Ogos 2010

Ustaz Ravi Abdullah.



Mesti ramai yang dah  kenal ustaz Ravi Abdullah.
Beliau seorang berbangsa India,kulitnya hitam tapi wajahnya cukup 'bersih' dan tampan.Tutur katanya macam seorang berbangsa melayu cukup fasih.Ucapannya memang menusuk bagi sesiapa yang ingin menimba ilmu akhirat.
Beliau pada dulunya beragama hindu tapi dengan hidayah dariNya maka terbuka hatinya menerima agama Islam sebagai agama barunya.
Kenapa beliau menerima agama Islam?mari kita tahu.
Ustaz Ravi Abdullah pada zaman persekolahannya mempunyai ramai kawan orang melayu.Disitulah dia mula mengetahui tentang Islam iaitu puasa dan sembahyang 5 waktu.Kisah nabi Ibrahim memecah berhala kecil merupakan kisah nabi yang membuka mindanya tentang agama dulunya yang banyak menyembah patung dan berhala.Baginya patung dan berhala yang disembah sebagai Tuhan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang mahu berfikir iaitu menyembah sesuatu yang tidak hidup,tidak mendengar dan melihat.
Pada akhirnya kisah nabi Ibrahim bagaimana nabi Ibrahim ditangkap oleh pengawal Raja Namrud kerana didapati memecah berhala.
Baginda dijatuhi hukuman mati iaitu dibakar tapi dengan sifat Allah yang maha besar maka api yang membakar tubuh nabi Ibrahim menjadi sejuk disitulah terbitnya satu kebenaran.
Semoga ustaz Ravi dirahmati dan dimurahkan rezeki amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan