Jumaat, 13 Ogos 2010



Roti Jala
 
500 gm tepung gandum cap sauh 
2 biji telur 
air secukupnya - biar pekat sikit baru menjadi 
sedikit garam 

Gaul sebati semua bahan di atas dan tapis. Biarkan beberapa ketika untuk mendapat hasil yang lebih sedap. 


ROTI JALA / RENJIS / KIRAI  

Bahan-Bahan 

400g tepung gandum 
3 biji telur 
1/2 cawan susu cair 
Air putih - secukupnya mengikut kepekatan yang anda inginkan 
1 s/teh garam 
2 s/mkn gula 
Sedikit pewarna kuning 

Minyak makan - secukupnya 
3 helai daun pandan - buat berus minyak makan di kuali 

Cara Menyediakannya: 

Bancuh semua bahan di dalam mangkuk besar. 
Gaul hingga rata lalu masukkan adunan ke dalam blender, kisar seketika dan tapis. 
Panaskan kuali, griskan dengan sedikit minyak makan dengan simpulan ikatan daun pandan. 
Kemudian di kirai di kuali yang leper. 
Setelah bahagiannya masak angkat. 
Setiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahaja. 

Buatlah begitu hingga adunan habis. 
Roti kirai sedap di makan bersama gulai daging atau ayam dan salad timun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan