Berikut merupakan senarai kelebihan setiap malam solat tarawih:
- Keluar dosa orang Mukmin seperti mana dia baru dilahirkan. Ini bermakna dia diampunkan oleh Allah segala dosanya.
- Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya.
- Malaikat di bawah Arasy berseru supaya terus melakukan solat Tarawih.
- Mendapat pahala seperti pahala membaca kitab Zabur, Taurat, Injil dan Quran.
- Mendapat pahala bersolat di Masjid Haram di Makkah, Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin.
- Mendapat pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur. Batu-batan dan tanah mendoakan agar diampunkan dosanya.
- Mendapat pahala orang yang berjuang bersama Nabi Musa a.s. melawan Firaun dan Haaman.
- Mendapat pahala Tarawih seperti pahala Nabi Ibrahim a.s.
- Pahala dan mutu ibadat seperti Nabi Muhammad s.a.w.
- Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
- Keluar dari dunia iaitu mati dalam keadaan bersih daripada dosa.
- Pada hari kiamat, mukanya bercahaya.
- Pada hari kiamat, aman sentosa daripada kejahatan dan keburukan.
- Malaikat bersaksi bahawa dia bersolat Tarawih.
- Semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursi berselawat dan mendoakannya.
- Terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
- Pahala bertarawih seperti pahala para Nabi a.s.
- Malaikat berseru: "Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan kepada kedua ibu bapa engkau."
- Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus.
- Mendapat pahala mati syahid dan orang soleh.
- Dibina sebuah istana dalam syurga daripada nur (cahaya).
- Pada hari kiamat, aman daripada dukacita, kerisauan dan huru-hara Padang Mahsyar.
- Dibina sebuah bandar dalam syurga daripada nur (cahaya).
- Diberi 24 doa yang mustajab (diterima oleh Allah)
- Dilepaskan daripada seksa kubur.
- Pahala 40 tahun beribadat.
- Ganjaran melintas titian Siratul Mustaqim sepantas kilat.
- Diberi seribu darjat di akhirat.
- Mendapat pahala seribu haji mabrur (yang diterima Allah).
- Penghormatan daripada Allah dengan firman-Nya:
"Wahai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buah yang engkau ingin di dalam syurga, mandilah engkau daripada air syurga Salsabila, dan minumlah daripada air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama "al-Kauthar".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan