Tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap kolesterol normal adalah kurang dari 200mg/dl. Di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari meningkat terutama sekali jika bacaan kolesterol dari 200mg/dl ke 2239mg/dl. Keseimbangan antara LDL dan HDL adalah amat penting bagi menjamin kesihatan anda. LDL atau 'lower density lipoproteins' juga dikenali sebagai 'kolesterol kurang baik' manakala HDL atau 'high density lipoproteins' adalah 'kolesterol baik'. LDL menyebabkan arteri tersumbat dengan kolesterol manakala HDL menghalang perkara ini berlaku. Jika anda ingin mengawal atau mengurangkan tahap kolesterol anda, berikut adalah cara-cara yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian :
Kurangkan pengambilan santan kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang menaikkan tahap LDL badan. Walau bagaimanapun kebanyakan sayuran atau buah-buahan tidak mengandungi kolesterol
Baca label makanan. Kebanyakan snek dan makanan yang telah diproses mengandungi lemak tepu yang sukar dikesan oleh pengguna.
Berhati-hati apabila mengambil produk tenusu (non-dairy substitutes). Susu kri kopi, bancuhan kek dan krim putar selalunya mengandungi minyak kelapa atau sawit yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi.
Gantikan pengambilan lemak tepu (saturated fats) dengan lemak tak tepu (unsaturated fats). Minyak zaitun dan avokado adalah punca terbaik lemak monounsaturated, manakala lemak polyunsaturated boleh ditemui dalam minyak kesumba (safflower), bijan, soya, bunga matahari, jagung dan biji kapas.
Pastikan hanya memakan daging yang sudah dibuang lemak atau rendah kandungan lemaknya. Untuk mudah kenyang, anda juga boleh memakan lebih makanan karbohidrat seperti roti, nasi dan bijirin.
Serat mudah larut (soluble fibre) yang terkandung dalam oat boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Selain oat, anda juga boleh mengambil kacang pis dan kekacang yang mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Untuk mendapat faedah kesihatanyang optimum, pastikan diet anda seimbang dan pelbagai.
Kurangkan atau berhenti merokok. Merokok mengurangkan kandungan HDL di dalam badan anda.
Bergerak selalu! Aktiviti harian yang sederhana atau senaman yang sempurna boleh menaikkan tahap HDL badan anda.
Kita adalah apa yg kita makan....pemakanan mesti dijaga krn...tiada yang lebih berharga dari kesihatan yang baik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan