Biskut ni dah jadi seperti biskut tradisi kita...setiap kali syawal menjelang....biskut ni pasti ada di setiap rumah.Mungkin kerana cara penyediaannya yang mudah dan bentuknya yang berbunga cantik menjadi kegemaran suri rumahtangga.Di sini..saya catatkan resepi untuk biskut ini....cuba buat ye ..mana tahu mungkin suami dan anak2 anda menggemarinya.......
Biskut samperit |
Yarnbutik
Bahan-bahannya:
3 biji telur
2 biji telur - diambil putih telur
250 gm tepung gandum
350 gm mentega
250 gm tepung jagung
450 gm gula halus
1 sudu besar tepung kastardSedikit susu pekat,vanilla dan serbuk penaik
Bahan hiasan:
Ikut cita rasa anda: ceri merah atau hijau
Cara membuatnya:
Tepung jagung dan tepung gandum di gaul bersama.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Kemudian putar pula mentega sampai berkrim.
Masukkan tepung bersama susu pekat, vanila, serbuk penaik dan telur yang telah dipukul tadi.
Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Gunakan acuan biskut semperit untuk menekan doh menjadi bentuk bunga ke dalam loyang pembakar. Hias dengan ceri. Bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan