Sabtu, 21 Ogos 2010

Kenapa kanak2 sekarang ni degil sesangat....



Salam.Hari ni saya nak cerita tentang faktor yang menybbkan anak2 pada masa kini mnjadi sangat degil.Untuk melakukan sesuatu pekerjaan ,contohnya seperti mengemas katil bila bangun tidur...terpaksa diulang berhari-hari...Mengapa ??
Menurut pakar kanak-kanak , kanak-kanak yang diberikan televisyen sejak kecil akan sukar untuk menurut arahan orang dewasa lainnya. Ini kerana secara psikologi, kanak-kanak itu mempunyai kebebasan untuk melakukan apa saja yang diingininya sewaktu menonton televisyen. Nak bergolek? Nak terlentang? Duduk? Tukar siaran? Apa saja, boleh dilakukan asalkan tak menangis dan mengganggu ibu buat kerja dapur dan ayah membaca surat khabar.
Secara psikologi, kanak-kanak tersebut merasakan dia mempunyai kuasa veto untuk menentukan apa yang dia ingin lakukan, bila dan bagaimana. Oleh itu, kanak-kanak ini enggan mendengar arahan yang diberikan oleh orang yang lebih dewasa.
Mengejutkan kan?
Lebih mengejutkan lagi bila hari ini sewaktu berlegar-legar di FB, saya terjumpa catatan  tentang pelancaran buku baru Wardina Saffiyah. Sewaktu majlis pelancaran tersebut, Wardina telah berkongsi tentang kesan TV kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak yang menonton terlalu banyak TV akan mengalami masalah kesukaran untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Ini kerana menonton TV melibatkan tingkah laku pasif, duduk dan lihat.. Kanak-kanak tidak diajar untuk berfikir atau menggunakan otak mereka sewaktu menonton TV.
Kanak-kanak sebegini juga mengalami masalah kesukaran berkomunikasi kerana menonton TV melibatkan komunikasi sehala saja dan kanak-kanak tidak diajar tentang teknik dan kaedah yang betul untuk berkomunikasi. Sebab itu pada hari ini diperhatikan ramai kanak-kanak yang tidak tahu untuk berbual dengan sopan dengan orang dewasa mahupun dengan rakan-rakan mereka sendiri.
Kanak-kanak yang kerap menonton siri animasi @ kartun juga biasanya mengalami tekanan perasaan kerana pergerakan dalam kartun adalah terlalu pantas – kurang 2 saat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak sempat berfikir atau mengecam objek yang dilihatnya. Cuba bayangkan setiap 2 saat melihat satu objek. Maka dalam masa setengah jam satu siri kartun yang ditonton? Berapa banyak bula objek yang telah dilihat?
Semua bahan yang dilihat ini menyesakkan kepala kanak-kanak dan akhirnya terjadilah tekanan perasaan, stress – sebab itu budak-budak sekarang pandai mengadu sakit kepala, dan jadilah kanak-kanak zombie.
Sebagai ibu bapa kita haruslah prihatin terhadap anak-anak kerana merekalah aset kita di akhirat kelak.Wallahhua'lam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan