Khamis, 26 Ogos 2010
Hikmah Yassin - 7 mubin
Dalam surah Yaasin, ada 7 tempat perkataan 'Mubin'. Di antara hikmat membaca Surah Yaasin 7 Mubin ini adalah sebagaimana berikut:
1) Untuk menyelamatkan kita dari dizalimi oleh sesama manusia.
2) Untuk menjauhi gangguan syaitan.
3) Untuk menenangkan rakan-rakan kita yang dalam keadaan sakit tenat. (Bagi orang yang sakit tenat, sediakan air untuk diberi minum kepada si pesakit setelah membaca Yaasin.)
Cara untuk membaca Yaasin 7 Mubin adalah seperti berikut:
1. Bacaan kali pertama hendaklah dibaca mulai Ayat 1-12.
2. Kemudian baca lagi bagi kali kedua surah Yaasin dari Ayat 1-17.
3. Kemudian baca lagi bagi kali ketiga surah Yaasin dari Ayat 1-24.
4. Kemudian baca lagi bagi kali keempat surah Yaasin dari Ayat 1-47.
5. Kemudian baca lagi bagi kali kelima surah Yaasin dari Ayat 1-60.
6. Kemudian baca lagi bagi kali keenam surah Yaasin dari Ayat 1-69.
7. Kemudian baca lagi surah Yaasin bagi kali terakhir dari Ayat 1-83 (awal hingga akhir).
Setelah anda membaca kesemua 7 Mubin, anda dikehendaki membaca Doa Yaasin.
Insya' Allah, apabila anda lakukan seperti yang diterangkan di atas, Allah akan memelihara diri anda dari gangguan manusia, jin dan syaitan. Bagi mereka yang di dalam keadaan tenat, Allah akan mententeramkannya.
10 PERINGATAN BUMI KPD MANUSIA
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Peace_Train
Editor: RosNiza Abdullah
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan