Selasa, 31 Ogos 2010

kad raya

salam.
Dah tak lama lagi....kita semua akan menyambut aidilfitri....persiapan pun tentu dah dibuat.Tapi bagiku ..macam biasalah persiapan bersederhana sahaja.Apatah lagi...minggu exam aku baru aja abih.Lega rasa.Dalam keghairahan nak sambut kemerdekaan negara dan juga aidilfitri,anak2 murid sempat jugak mendedikasikan kad raya buat aku.Ingatkan zaman yg serba canggih ni..ucapan hanya dgn sms dan e-mel ja.Seronok tengok mrk lumba2 letak atas meja aku.Tapi yg best tu..ada laa..permintaan duit raya..hemm macm biasa la..sayang2 oii..cikgu akan bagi duit raya tapi ..dgn syarat, hari akhir sekolah tu kena dtg...jgn cepat nak balik kg saja...cian cikgu nanti dok lopong sorang2 dalam kelas..uhuhuuhu..cikgu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri....maaf zahir dan batin .

Jumaat, 27 Ogos 2010

Jasamu Ibu...




anak kecil main api....



“Hasbunallah wa ni’mal wakil”

Bacalah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, zikir yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dia dicampakkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak membakar tubuh Ibrahim. “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, dan ini jugalah yang diucapkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam ketika perang Uhud, kemudian Allah pun menolong baginda.


Ketika Ibrahim diletakkan di manjaniq, Jibril bertanya kepadanya: “Adakah engkau memerlukan aku?” Ibrahim menjawab: “Aku memerlukan Allah, bukan engkau”.


Laut itu bersifat menenggelamkan, dan api bersifat membakar. Tetapi air laut itu boleh menjadi kering, dan api boleh menjadi sejuk, disebabkan: “Hasbunallah wa ni’mal wakil”.


Musa melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejar di belakangnya. Maka dia pun berkata:


“Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan bantuan-Nya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.


(Surah Asy-Syu’ara’: 62)


Dia pun selamat dengan izin Allah. Sesungguhnya lindungan Allah tidak memerlukan perisai dan benteng.


Bertawakallah kepada Allah dan serahkan segala urusan kepada Nya dan redhalah di atas ketentuan-Nya dengan sepenuh hati. Mintalah perlindungan dan pertolongan kepada-Nya dan bergantunglah segala urusan kepada-Nya kerana sesungguhnya Dialah Dzat yang mencukupi dan menjamin segala keperluan makhluk-Nya.


Apa ada dgn 'April Fool' ??



Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan "Aku ceraikan kau dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untukmelawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan "APRIL FOOL"... Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Berbalik kepada pertanyaan April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk- penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.


Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL). Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.


Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.


Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan 'aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan... Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah 'Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum dengan gah bila kita mengikut telunjuk mereka...


Wahai sekalian kaum muslimin di luar sana...
Semua ini berlaku natijah daripada AL-QUR'AN tidak dijadikan sebagai DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA... Betul atau tidak kenyataan dan dakwaan ana ni, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN KITA...


Jika kita beriman dan cinta Allah dan Rasul-Nya... maka buktikanlah...
Jadikanlah Al-Qur'an sebagai dasar perundangan negara...
Percayalah! Hanya dengan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah, semua masalah yang melanda umat akan dapat diselesaikan... tak kira sama ada masalah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya...


Bukankah Islam itu satu-satunya agama yang diredhoi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala..?
Sudah tentu segala syariatnya BERSESUAIAN SEPANJANG ZAMAN untuk diaplikasikan dalam kehidupan di dunia buat bekalan di hari kemudian.


Akhirul kalam. mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran kata yang menyinggung mana-mana pihak di sepanjang penulisan mahupun pergaulan ana dengan antum sama ada secara maya mahupun realiti... Jika kita cintakan Islam... maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.


Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan "agenda" barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)... Antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDOINISME... Budaya cintakan hiburan. Bukan itu sahaja, SEKULARISME, NASIONALISME hingga lahirnya pelbagai ISME... yg mana impaknya ialah KESATUAN UMAT ISLAM TERCALAR... budaya rasuah menjadi perkara biasa, mengahwini wanita yang sedang hamil tanpa nikah, kes buang anak, kes bunuh, kes rogol, kes penculikan, kes rompakan, kes kecurian.... dan SEMUA GELAJA SOSIAL semakin berleluasa.. Tepuk dada, tanya iman...




Khamis, 26 Ogos 2010

Hikmah Yassin - 7 mubin



Dalam surah Yaasin, ada 7 tempat perkataan 'Mubin'. Di antara hikmat membaca Surah Yaasin 7 Mubin ini adalah sebagaimana berikut:


1) Untuk menyelamatkan kita dari dizalimi oleh sesama manusia.


2) Untuk menjauhi gangguan syaitan.


3) Untuk menenangkan rakan-rakan kita yang dalam keadaan sakit tenat. (Bagi orang yang sakit tenat, sediakan air untuk diberi minum kepada si pesakit setelah membaca Yaasin.)


Cara untuk membaca Yaasin 7 Mubin adalah seperti berikut:


1. Bacaan kali pertama hendaklah dibaca mulai Ayat 1-12.


2. Kemudian baca lagi bagi kali kedua surah Yaasin dari Ayat 1-17.


3. Kemudian baca lagi bagi kali ketiga surah Yaasin dari Ayat 1-24.


4. Kemudian baca lagi bagi kali keempat surah Yaasin dari Ayat 1-47.


5. Kemudian baca lagi bagi kali kelima surah Yaasin dari Ayat 1-60.


6. Kemudian baca lagi bagi kali keenam surah Yaasin dari Ayat 1-69.


7. Kemudian baca lagi surah Yaasin bagi kali terakhir dari Ayat 1-83 (awal hingga akhir).


Setelah anda membaca kesemua 7 Mubin, anda dikehendaki membaca Doa Yaasin.
Insya' Allah, apabila anda lakukan seperti yang diterangkan di atas, Allah akan memelihara diri anda dari gangguan manusia, jin dan syaitan. Bagi mereka yang di dalam keadaan tenat, Allah akan mententeramkannya.






Apasal laaaa..malas sembahyang ???

Mai laaa...baca pantun nii...


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!










Bismillah Lima



Di antara fungsinya ialah:-


1. Penawar bisa


2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang


3. Penawar bisa-bisa badan


4. Penawar bisa batu meroyan


5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.











Hikmah Berwuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. 
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'
.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3.. 
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'
.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. 
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'
.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. 
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'
.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. 
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. 
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'
.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. 
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Dalil utk kita berwudhu':

"Wahai orang-orang yg beriman, apabila kamu akan mendirikan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke dua mata kaki"
(Al-Maaidah, ayat 6)

Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’

(Riwayat Tirmizi)





Allah Sembunyikan 6 perkara...


Allah Subhanahu wa Ta'ala selesai menciptakan Jibril a.s. dengan bentuk yang cantik, Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril a.s. memandang dirinya sendiri Dan berkata, "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud, "Tidak."

Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril a.s. solat, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, Dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu Dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu ."

Kemudian Jibriil a.s. berkata, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

Kemudian Jibril a.s. meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah Subhanahu wa Ta'ala maka pergilah Jibril a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibril a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala lalu ia berkata dalam sujud, "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?."

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama2 Kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari Kiamat di dalam semua hari.

Semoga Kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua’lamu Bish Shawab.

*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.




Selasa, 24 Ogos 2010

Asal kejadian nabi Adam a.s



Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam A.S. dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.


Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.


(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.


Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.


Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.


Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."


Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


Jenis tanah yang digunakan:


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:-


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.


2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.


3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud


4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.


5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.


6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.


7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.


8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.


9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.


10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.


11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.


12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.


13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.




Proses kejadiannya:


1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".


2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".


3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".


4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.


5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.


Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.


Tujuh buah letaknya adalah :


1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.


2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.




Dijadikan pula lima buah pancaindera:


A. Mata alat penglihatan


B. Hidung alat penciuman


C. Telinga alat pendengaran


D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.


E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.


Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mngasyikkan.


Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mngucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).


Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:


"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)


Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.


Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.






Isnin, 23 Ogos 2010

Mekap yg ringkas ..


Mekap secara betul elak wajah kelihatan lesu dan pucat.


MAHU kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya.


Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek,disini diberikan panduan solekan ringkas agar ia memberi manfaat kepada semua.


Wajah
Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.


Pastikan sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.
Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air.

Bibir 
Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

MataJangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.

Pastikan piilihan warna adalah yang sesuai dengan usia, juga warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik dilihat orang lain.

Alis mata
Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.