Khamis, 16 September 2010

Pintu rezeki terbuka dgn banyak beristighfar





Kisah tentang seorang wanita yg kematian suaminya dan hampir putus asa kerana beban dan tanggungjawab yg berat di bahunya.


Katanya,"ketika suamiku meninggal dunia,umurku mencecah 30 tahun.Aku dikurniakan 5 orang cahaya mata.Duniaku menjadi gelap dan aku tak henti-henti menangis mengenangi nasib diriku.aku kini menjadi janda yg berputus asa dgn kehidupanku.Aku tidak tahu bagaimana untuk menyara anak2ku kerana aku tidak bekerja".
Pada suatu hari,aku mendengar radio.Seorang guru berkata,"Sesiapa yang membanyakkan istighfar ,Allah akan memberinya jalan kesenangan dan jalan keluar dari kegelisahan".


selepas itu aku membanyakkan istighfar..begitu juga dgn anak2ku..kusuruh mrk juga melakukan hal yg sama.Sungguh mengejutkan ,tidak sampai enam bulan..kami mendapat tawaran dari barang yg kami miliki dengan keuntungan wang berjuta2.Keadaan menjadi lebih selesa dan Allah memberikan kebaikan kepada anak2ku.Sejak itu,aku merasa menjadi wanita yg paling bahagia di dunia".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan