Minggu assignment datang kembali.......sekaligus meragut ketenangan perjalanan hidupku selama beberapa minggu lepas.Bermulalah episod kuliah dan juga penyediaan bahan.Yang pasti....hari-hari hujung mingguku akan dipenuhi dengan aktiviti yang secocok ngan statusku "mahasitua"....mudah-mudahan semester kali ini menjanjikan kelancaran perjalanan study ku itu..
Kalau dulu...hujung minggu digunakan untuk bersantai bersama keluarga dan anak2 ttpi sejak 3 tahun kebelakangan ini segalanya jauh berbeza....benarlah pepatah "kejayaan memerlukan pengorbanan".Dan itulah yang sedang kujalani.....alhamdulillah kerana suami dan anak2 memahami.Harapanku semoga perjalanan semester pada kali ini akan lebih baik dari semester yang sudah...aminn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan