Ahad, 19 September 2010

Kanser



(1) Kanser pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan
(2) Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air
(4) Kanser paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan
(5) Kanser perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak
(7) Kanser ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam
(8) Kanser otak- sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti
(9) Kanser prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan
(10) Kanser darah (leukimia)-letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil


Penyebab Kanser
Kepada semua wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta anda sangat merbahaya !!!!
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil diacara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Hal ini telah dikatakankan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia !
Doktor berkata "wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. haba panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara".
Jadi berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan kirimkan mesej kepada kenalan-kenalan wanita anda.
Haba panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan
bercampur dengan air dan ia akan menyebabkan racun ini menyerap pada sel-sel payudara.
Cubalah sedaya upaya mungkin untuk menggunakan bekas stainless steel atau botol kaca.



1 ulasan: