Isnin, 13 September 2010

Aidilfitri yang bertandang....

Hari ni adalah hari ke-empat kita menyambut aidilfitri....sungguhpun begitu mood raya masih  membara dalam hati.Jalan-jalan utama dah mula sibuk dengan berpusunya kenderaan untuk pulang ke destinasi memasing kerana tuntutan tugas seharian.



Aku pulak....tahun lepas beraya di rumah ibu mertuaku....dan tahun ini...juga beraya di rumah mertuaku.Hari raya kedua kami bergerak ke rumah ibuku.Ini dah menjadi perkara biasa bagiku.Jadi kami tak ada la nak berebut dan bertegang leher  nak balik beraya di rumah mak yang mana.Ibuku dan ibu mertuaku dah faham sesangat.Asalkan dapat beraya di kedua rumah tu..aku bersyukur.Walaupun keadaan agak kelam kabut dengan tuntutan tugas suamiku ...bersyukurlah kami dapat pulang dan memohon keampunan daripada ibu ayah dan saudara serta rakan-rakan di kampung.



Macam biasa seperti juga orang lain..bila pulang tu pelbagai la juadah yang dibekalkan oleh ibu termasuklah ketupat lemang ,rendang dan kuih-muih.Tahun ni..ramai sungguh yang berkunjung ke rumah ibu mertuaku.Maka tak kering tangan lah kami melayannya.Sungguhpun penat tetapi seronok.Ya lah setahun sekali baru berjumpa.


Dan raya tahun ni aku dipertemukan semula dengan sahabat lamaku.....hampir 21 tahun kami tidak bertemu.Aku nampak banyak perubahannya...tak disedari , mengalir airmata hiba bila dia memelukku.Katanya rindu sangat dengan kenangan lama dulu..macam mana kami bermain 'ketub puyuh' , zero point , dan macam-macam lagi yang rasanya jika disuruh sekarang ni...pasti tak mampu lagi aku melompat setinggi dahulu.Sempat lagi dia mengusikku....."tak rindu pada si dia ke "..haha bagiku itu adalah satu pengalaman yg mendewasakan.Nak rindu apa nya kalau hati tak sayang...  dengan cubitan sayang singgah di perutnya aku jawab " aku bersyukur sesangat pada Yang Maha Esa kerana mempertemukan aku dengan dia... suamiku." benarlah pepatah orang tua "tak kenal maka tak cinta"...



Dan anak2 pun bukan main seronok lagi....dapat berjumpa dengan sepupu sepipit...cuma kasihan ayah yang tidak dapat merasa keindahan aidilfitri kerana keuzurannya.Apa pun katanya gembira sesangat bila kesemua 9 orang anak2nya dapat pulang berhari raya...dan melepaskan kerinduannya terhadap kami.Kesedihan bertandang apabila teringat pada kakak sulungku yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para solehah.
Walaupun selera makan ayah kelihatannya baik namun kesihatan ayah semakin hari nampaknya agak merosot.Sekarang ni ayah  kurang bercakap kerana bila bercakap ayah selalu aja jadi sesak nafas..ayah menyambut aidilfitri di atas kerusi rodanya ataupun di dalam bilik di atas katil sahaja.Memang sedih tapi sebagai anak2 kami semua cuba menggembirakan ayah.Sempat juga adik bongsuku mengusik "Hemmm...banyaknya duit raya ayah.." dan ketawa kuatnya kedengaran...dah lama tak dengar ayah ketawa kuat macam tu....tergeleng-geleng kepala mak melihat gelagat ayah.

                      Perjalanan balik ke kg ibu mertuaku di sik kedah...di pagi aidilfitri...




Suasana yang lengang.....pukul 7:30 pagi...di aidilfitri..sejukkkk.








hemm....sibuk main bunga api.....dah tak takut bahaya..








Abangku yang sulung......chef  Rosli sibuk dengan daging panggang resepi apa ntah...oleh kerana beliau adalah pakar dalam hal memasak jadi kami yg lain tengok aja la dia dan kepakarannya......







                    Ni lah rupanya.....bila dah penat sesangat....bermacam gaya ada...hihihi..comelnya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan