Bagi aku pulak...suasana raya yang paling aku suka ialah masa menolong ibu kat dapur menyediakan pelbagai juadah berbuka dan juga ketupat rendang.Sebenarnya kemahiran menganyam ketupat ni semakin terhakis dalam masyarakat kita.Maklumlah dalam setahun tu...berapa kali sangatlah kita menganyam daun ketupat.
Ketupat pun ada banyak jenis tau...ada ketupat daun palas..ni feberet asben aku nihh..ketupat sate,ketupat bawang,ketupat jantung dan apa lagi ya ??
Hemmm..Posting kali ni...aku nak link kan dengan cara menganyam daun kelapa dan daun palas untuk dibuat ketupat.Yang masih kurang mahir tu....belajar perlahan-lahan ye..lama-lama pandailah tu..ingat 'usaha tangga kejayaan' hihihi.
Ketupat daun Palas
Ha ha...ni lah dia nya kelongsong ketupat yang dihasilkan oleh anakku Syaqireen Adni...ketika aku sibuk , dia pun nak sibuk-sibukkan diri maka jadilah ketupat ni....tak sabar tunggu ayah balik kerja...sebab nak tunjukkan kelongsong ketupat ni....
kata mak aku...kalau gini rupanya.....ketupat betina lah nihh..hihiihi..sesuailah dengan budak umur 6 tahun yg membuatnya.
ni lak kelongsong yg dianyam oleh si kidal sprti aku nihh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan