salam.N3 kali ni tentang hasil kerja bebudak aku dalam subjek Pendidikan Seni Visual.Karya yang tak seberapa nihh bersesuaianlah dengan murid tahun tiga....baru 9 tahun tapi superbb...Subjek ni sangat diminati oleh murid2.Selalunya ,mereka akan datang bertanya apakah bahan yang perlu dibawa seminggu lebih awal.Itu tandanya...bebudak ni sangat berminat ngan subjek nih.mungkin juga kerana mereka dapat berkarya secara bebas tanpa ada sekatan atau objektif yg mesti dicapai.Walau apa sahaja seni atau karya yang dihasilkan...murid-murid sudah pastinya merasa gembira dan enjoy.Hanya beberapa keping hasil karya yg sempat aku upload...maklumlah berukband aku hari ni tersangatlah lembapnya mengalahkan siput sondol...
Melalui PSV ni jugak, selain daripada dapat mencungkil bakat bebudak...murid2 juga akan dapat mengenali rasa yakin diri dan memberi kritikan membina kepada kawan2 mereka.
Karya2 yang menepati kehendak akan ditampal di dinding kelas...bukan main kembang lagi idung bila cikgu puji2 lukisan tuhh...hihihihi..
teknik gosokan.....merata laa digosoknya...sampai ke tayar kereta guru...tapak kasut..dinding kelas,meja kantin,lantai kelas dan meratalah....sesedap rasa bebudak nihh.
ni....teknik kolaj...ketam pemalas nihh..aku suruh bebudak ni guna bentuk2 geometri...maka lahirlah ketam pemalas ni...ada juga yang buat bentuk angsa,burung,ikan dan juga kucing...
ni guna teknik tiupan...dah jadi mcm pohon berhantu pulakkk....bebudak ni guna straw/penyedut minuman dan warna poster.Ada sorang tu cakap "cikgu,rasa nak pitamlah dok tiup benda nihh"...hahaha.. bermacamlah lawak sengal bebudak nihh...apa taknya , tiup sampai tak sempat nak ambil nafas...lagi satu bancuhan warna pekat sgt....sebab tu lah gini jadinya...
yang ni teknik montaj.....tu semua diambil dari surat khabar dan majalah...datuk siti pun ada....siap tampal kat tengah2 kertas lagi....minat sungguh..kolaj kali ni bertemakan mimik wajah...
ni guna teknik resis......pakai krayon dan warna poster....comei mak dan anak itik tuhh...
teknik cetakan......minta maaf laa kat tukang kebun sekolah sbb petik daun yg dia tanam tuhh...sori2x...
ada masa dan broadband dah ok....aku akan masukkan karya2 yg kelakar plakkk....hihi...
Nak tengok hasil kerja seni
BalasPadamTerima Kasih Atas Maklumat. Copy sikit bahan nak jadikan bahan rujukan
BalasPadamguru arus perdana mmg syiok ngajar seni...kalau bebudak pend. khas agak susah sebab kita kena tunjuk ajar one by one..kreativiti langsung xde... s/time kreatif xbertempat...
BalasPadam