Rabu, 8 September 2010
Dedikasi buatmu Adam
Adam dan hawa.....
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di
syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa
mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah SWT yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu
dia
akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah SWT dalam
urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah
manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-
undang Allah SWT
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari
satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang
merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana
menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan
isi
perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat
yang
menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa
didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang
sudah
terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang
ditetapkan.
Asalnya Allah SWT mengkehendaki aku tinggal
tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar
bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh
tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari
sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu
katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke
muka
menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di
pejabat
bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan
negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak
bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai
mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada
hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu
terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap
isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan
contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah
makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku
sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah
SWT,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari
Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah sejati...
Bimbinglah Mereka, wahai Kaum Adam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan