Hemmm...semalam sempat juga aku sediakan puding kegemaran anak daraku.Selalunya kalau outing...dia akan cari peluang untuk balik ke rumah dan meminta aku menyediakan itu dan ini.Sejak berada di asrama ,aku nampak dah banyak perubahan pada diri anak sulungku ini.Perangai manjanya dah berkurang dan rajin pula menunaikan perintah agama.Malahan setiap hari Isnin dan Khamis ,dia akan berpuasa.Kalau dengar azan berkumandang ..dengan segera dia bergegas berwuduk.Terima kasih cikgu2 kerana melatih dan membimbing anakku.
Dalam kekalutan ..rush sana dan sini ..aku cuba memenuhi keinginan anak sulungku.Maklumlah bukan selalupun dia pulang.jadi kalau boleh ...aku akan penuhi permintaannya.aku masak laksa Penang dan puding kemenyan.Minat sungguh dia ngan menu ni sejak dari kecil.
Sempat juga bawa dia meninjau-ninjau kat kedai buku...sebelum hantar dia balik ke asrama, lirikan mata dan senyuman mesranya..aku dah faham..dia sebenarnya rindukan aku ,suamiku dan adik-adiknya.mudah-mudahan dia akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.Aminnn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan