salam.
Hari ni...aku bercuti...walau bagaimanapun ,waktu pagi dihabiskan dengan tugasan rutinku iaitu mengemas rumah,memasak ,mencuci pakaian dan sebagainya.Sehabis saja ,tugasan tersebut,aku memecut ke rumah baruku..sebab dah janji dengan miss Lee untuk mengukur grill curtain dan memilih fabrik utk curtain rumah baru.Ini adalah kali pertama ,aku menempah curtain.Kalau selalu tu...aku jahit sendiri.Masa tak mengizinkan kerana kesibukan tugasan dan juga berstatus pelajar.
Selesai aja urusan dengan Miss Lee, aku memecut pula ke bank.Perlu keluarkan sedikit wang kerana anak sulungku di mrsm akan pulang petang nanti.Wang tersebut untuk perbelanjaan beliau di sekolah.
Kemudian aku singgah di kedai GL electrical lighting...meninjau kipas dan juga lampu utk rumah baru.
Hubby ku sibuk memilih kipas,akhirnya dia grab dua buah kipas syiling yang bertali dan 3 buah kipas siling biasa.Harga ...hemmm ...RM 740.00
Dalam dok memilih tu...sepasang suami isteri memperkenalkan diri.Kami berkenalan.Rupa-rupanya jiran baru kami.Mereka juga membeli keperluan untuk rumah baru.Dan katanya minggu depan ,mereka akan berpindah rumah.Manakala aku....lambatlah lagi utk berpindah.Rumah ku dah tunggang-langgang dengan operasi renovation apek tu..jadi bersabar ajelah.Planning kami,mungkin dalam bulan Disember bila anak dah cuti sekolah dan aku pula selesai ngan exam semester.
Planning ngan kakak dan adikku utk bertemu di rumah ayah..terpaksa dibatalkan kerana hal yang tak dapat dielakkan ini.Hari yang lain pula,asyik sibuk dengan kerja dan kesuntukan masa.Manakala hari ahad adalah hari kuliah.Begitulah rutin ku.....memang penat dan memenatkan.Biarlah penat ..janji hati berbunga bahagia !
kat bawah ni...ada gambar yang sempat aku snap kat kedai lampu tadi.Bila aku minta izin utk ambil gambar....mak nya tu senyum dan izinkan.Aku bagi alasan utk balik dan tenung2 gambar tu kat rumah utk pilih mana yg berkenan di hati.
Add caption |
memang cantikk...tapi jenis yang menadah habuk nih...aku tak minat...aku suka yg simple2 aja.Barulah nampak cute...sesuailah ngan rumah aku yg kecik tome tu...
rabun mata aku nak pilihhh....suma lawa tapi nihh semua bleh jadi perangkap habukk..kena la rajin memanjat utk mengelapnya..
apa agaknya...yang menarik perhatian tu...grab la satu...letak dalam bilik tidur...hemmmmm
ni leh letak kat tembok pagar.....ahhhh aku guna lampu jalan tu aja....kebetulan tiang lampu betul2 kat depan umah...alhamdulillah..
dalam banyak2 lampu nihh ,ada 5 buah yg dah tersangkut di hatiku....ujung bulan ni..leh gi beli...insyaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan