Rabu, 13 Oktober 2010

Gila Bola

Jika hari bercuti...setiap pagi dan petang,pastinya riuh rendah dengan suara bebudak bermain bola di hadapan rumahku.Selalunya waktu cuti mereka semua akan mengisi masa lapang ngan aktiviti ni.Apatah lagi exams UPSR dah selamat mereka redah.Jadi sekarang adalah masa untuk mereka enjoy pulak.Selalunya ada sukarelawan yang mengajar mereka bermain bola .En. Murizan dan keluarganya sangat minat dengan permainan bola sepak malahan anak2nya adalah jaguh di sekolah tempatku mengajar.Alhamdulillah beliau seorang yang baik hati kerana sanggup menggunakan masa beliau tanpa sebarang bayaran untuk mengajar bebudak kampung mempelajari selok belok permainan dunia nihh.
Aku yang tak pandai ni...sekadar menjadi pemerhati sahaja.Sekali sekala tu bila bola terkeluar padang ...terhegeh-hegehlah jugak aku tendang bola tuhh.Gelak bebudak tu...ada pulak yang menjerit "cikgu Zaaaaammm.........tendangggggggggg...hhihihi..sajaaaa bebudak nihhh nak kena sekeh ngan aku nihh.









kehijauan padang dan kesegaran udara membuatkan aku rasa pilu nak berpindah ke rumah baruku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan