Jumaat, 8 Oktober 2010

Polis bersama Masyarakat

salam.Selesai sudah majlis berhari raya yang diadakan pada 7/10/2010 anjuran Balai Polis Machang Bubok.Walaupun masing-masing penat tetapi nampaknya enjoy.majlis bermula seawal pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.kalau selalu tu...majlis akan berlarutan hingga ke lewat malam.Tetapi tahun ni..alhamdulillah dapat habis awal.
Ramai jugak kawan-kawan yang mengajar di sekolah yang sama dapat hadir.Begitu juga dengan Pn. Guru Besar.Dan yang paling best..beliau izinkan aku utk bercuti pada hari tersebut...ya lah penat ngan persiapan majlis.
Pelbagai juadah dihidangkan.dan yang paling mendapat sambutan adalah booth ayam golek.Penat tengok akak tu...hemmm tak menang tangan dibuatnya hinggakan berbaris.
Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga polis Balai Machang Bubok dengan masyarakat setempat.
Majlis tamat apabila seusainya aktiviti karaoke.aku pulak bab karaoke ni memang le...aku tak suka sesangat..mungkin tak terdidik gitu kot...orang nyanyi ..aku dengar ajalah...
apapun tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ni....tahun depan buat lagi yeeee....jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini...






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan