Tetiba teringin pulak nak bake kek asam manis......ajak anak2 join sekali.....bukan main lagi lah adik dan abang dok lopong tengok skill mak depa yang tak terror nihh...macam-macam soklan depa tanya...dan si kecik tu tanya..kenapa tak nak letak nama kek traffic light..
Lambat bebenor bila membakar kek nihh..bakar selapis demi selapis....aku start pukul 8.00 mlm...dan selesainya pulak pada pukul 11.30 malam.Tatkala selesai..anak-anakku dah rebah atas tilam memasinggg...dibuai mimpi..
Pagi nihh..si kecikk bangun awal ,dah tak sabar nak tengok kek traffic light depa.Amacam...ok tak colour dia....assam manis tuhh yg buat aku tak tahan.....bebudak memang suka ngan asam manis nihh...
Kat bawah ni...aku copykan resepi kek nihh...yang minat tu..bolehlah cuba..petang nanti aku nak bawa ke sekolah..kenduri ramai-ramai ngan kawan-kawan...baru gamat sikit waktu rehat kami..hihihi
BAHAN-BAHAN
8 Biji telur
1 Bar butter
2 1/2 Cawan gula halus
(saya guna 1 1/2)
1/2 Tin susu pekat manis
300 gm biskut marie
(kisar/ayak)
Asam manis secukupnya
Pewarna
2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanila
CARA MENYEDIAKAN
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Dalam bekas berasingan pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan pukul lagi.
3. Masukkan pula susu pekat dan vanila. Gaul rata.
4. Masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan mengikut warna pilihan.
6. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah selama 3-4 minit. Angkat dan ratakan warna yang sama dan susun asam manis.Bakar dengan api grill atas sahaja selama 2-3 minit 160 C.
7. Ulangi proses yang sama sehingga habis dan untuk lapisan terakhir tukar kepada mode api atas bawah.
8. Sejukkan betul-betul baru di simpan.
Kalo disajikan ngan kopi panas nihhh....hemmm nikmatnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan