Isnin, 18 Oktober 2010

Kemaafan sesama manusia


Semasa khalifah Umar Abd Aziz menunaikan haji  ramai org mahu bersalaman dengannya, orang brtanya, “Mengapa begitu besar kasih sayang orang ramai kepada beliau?”, Seorang ayah menjawab,”Itu salah satu bukti Allah sayang kepada seseorang, maka semua makhluk sayang kepadanya. Beliau Khalifah agung dari keluarga Bani Umaiyah”.- Cintailah Allah sepenuhnya, Allah akan berikan cinta makhluknya pada orang yang menyintaiNya. Yakinlah dengan ketentuan Allah.
“Sekiranya kita pernah menzalimi manusia, kita mesti mendapat kemaafan daripada mereka yang kita zalimi bagi mendapat keampunan Tuhan. Sekiranya tidak, di akhirat kelak,mereka datang mengadu kepada Tuhan mengenai dosa dan kezaliman kita padanya” kata2 Umar Abdul Aziz kepada Khalifah Abdul Malik – adakah kita menganiaya dan mengkhianati kawan2 kita , itu dosa kita, sudahkah kita dimaafkan? Tepuk dada,tanya Iman dan Ilmu di Jiwa.
“Wahai Amirul Mukminin, dosa2 kita pd Allah mudah diampunkan tetapi dosa dosa kita pada manusia hanya diampunkan selepas mendapat kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa itu” kata2 Umar Abd Aziz kpd Khalifah Abdul Malik.




Bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur kembali, segala urusan kita sepertinya otomatik dan berjalan dengan lancar. Sedarkah kita bahawa kita bangun dari tidur itu seperti hidup dari kematian yang sementara. Allah memberikan kita satu hari lagi untuk merasai nikmat kehidupan dan bernyawa. Allah menjadikan alam ini untuk kita semua dan wujudlah perkataan “alamat” sebagai tanda tempat kita berada. Ramai antara kita memuji alam ini dengan cantiknya, indahnya, besarnya gunung ganang, sedap mata memandang, rasa tenang apabila berada di satu tempat yang sangat indah dan merasakan begitu aman hidup ini. Malah ada yang begitu bersungguh sungguh menyelamatkan alam seperti para pejuang yang memperjuangkan keamanan, keindahan hutan, binatang yang hampir pupus dan segala ciptaan Allah yang ada di muka bumi.
Tapi, jauh lebih ramai lagi, manusia yang lupa dan lalai tentang PENCIPTA ALAM ini. Ramai manusia sibuk dan lupa bahawa kita semua hidup ditengah tengah tanda dan alamat yang telah Allah berikan kepada kita semua. Kita sering fokus kepada ciptaan yang telah ada di sekeliling kita hingga kita sering mengabaikan penciptanya kerana segala tanda tanda wujud hanya kerana ada penciptanya yang bijaksana. Kita dikelilingi dengan tanda tanda bijaknya dan baiknya Allah hingga kita semua terkesima hingga tidak sempat memuji dan memuja tuan punya tanda. Keindahan yang datangnya dari pencipta yang kita sering perjuangkan hingga kita tidak sempat memuji dan memuja penciptanya iaitu Allah SWT. Patutkah kita kerana kita buta melihat bahawasanya pencipta tanda ini yang sewajibnya dipuji dan dipuja berbanding dengan ciptaanNya?
Suatu hari, saya menghadiri sebuah kursus dan bertemu dengan beberapa kenalan dan juga peserta daripada pelbagai jenis organisasi. Apa yang anda buat jika anda baru bertemu dengan orang yang belum anda kenal? Saya sama seperti anda iaitu keluarkan name kad, dan berikan kepada orang tersebut sebagai tanda perkenalan dan alamat tempat kerja kita. Sejurus kita memberikan name kad kita, orang itu terus mencium kad itu, memuji cantiknya kad itu, diusap usap kad itu, dipegang dengan cara yang sangat baik lalu terus pergi meninggalkan kita tanpa sebarang kata dan rasa hormat kepada kita. Apa yang anda fikirkan jika anda terjumpa dengan orang yang begitu?
Pasti kita katakan bahawa orang yang baru kita jumpa itu orang gila. Ya, kitalah orang gila itu. Ramai antara kita yang memuji dan memuja ciptaan Allah. Menghargai manusia, menghargai wang ringgit, menghargai makan dan minum, menghargai harta benda yang kita dapat, memuji orang lain agar orang lain memberikan kita ganjaran, dan paling teruk dan buruk sekali dalam diri kita adalah kita lupa dan lalai hingga lemas dan tenggelam dalam keindahan ciptaan Allah sampaikan kita lupa dan lalai memuji PENCIPTA kepada segala CIPTAAN yang ada di dunia ini.
Kita lupa dan tenggelam dalam segala kebaikan Allah kepada kita hingga kita tidak memberikan pujian dan pujaan yang tertinggi buat Allah. Nyatalah kita sudah lemas dalam keindahan dunia yang membawa kita kepada kekufuran dan kesesatan.
Justeru itu, marilah kita memuji dan memuja PENCIPTA CIPTAAN dan juga pencipta kita kerana Allah adalah yang hak untuk dipuji.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan