Khamis, 14 Oktober 2010

Mesti dibaca oleh kaum Adam dan Hawa.





ADAM


1. Lelaki yang membeli cinta akan kehabisan wang


2. Bukan lelaki kalau asyik mengeluh dan mengaduh


3. Lelaki pemurah akan menjadi makanan perempuan


4. Bunga cepat layu di tangan lelaki


5. Lelaki miskin akan hidup sepi


6. Keras atau lembut, lelaki tetap lelaki


7. Di tangan lelaki tergenggam segala kunci


8. Lelaki yang menolak perempuan adalah malaikat


9. Sebaik-baik lelaki , adalah lelaki yang beristeri dan beriman


10. Lelaki tua sanggup membeli cinta yang muda


11. Hanya lelaki yang menggali kubur untuk perempuan


12. Hanya lelaki yang layak memimpin perempuan


13. Lelaki memerlukan perempuan untuk mengasuhnya


14. Jangan mengaku lelaki kalau tidak dapat menawan perempuan


15. Walau segarang manapun lelaki, dia dapat dikalahkan oleh perempuan


16. Lelaki yang bercinta tidak pernah tua


17. Apabila lelaki sakit, perempuan akan demam


18. Lelaki yang mencari perempuan dalam gelap akan bertemu dengan iblis


19. Pencuri mencuri harta, lelaki mencuri hati


20. Iman adalah penyelamat lelaki


21. Lelaki memerlukan perempuan untuk menghidupkan jiwanya


22. Hanya lelaki bodoh yang berani bertengkar dengan perempuan


23. Lelaki dermawan memberi wang, lelaki budiman memberi nasihat


24. Bukan semua lelaki layak menjadi suami


25. Lelaki daif tidak layak menerima layanan perempuan


26. Lelaki penakut tidak layak hidup


27. Apabila lelaki dikalahkan syaitan, dia kehilangan iman


28. Berhati-hatilah terhadap lelaki yang berbudi


HAWA


1. Bukan perempuan kalau tak pernah menangis


2. Kebanyakan perempuan menyembunyikan umurnya


3. Perempuan cantik takut dimakan usia


4. Kecantikan jiwa menyempurnakan kehidupan seseorang perempuan


5. Musuh perempuan adalah perempuan


6. Perempuan yang banyak meminta akan memiskinkan lelaki


7. Perempuan adalah merak di hutan kota


8. Mulut perempuan lebih tajam daripada pisau


9. Perempuan beriman tidak akan menyesatkan lelaki


10. Perempuan cantik memerlukan pakaian yang cantik


11. Lelaki mengumpul duit , perempuan menghabiskannya


12. Perempuan dan bunga akan layu selepas dipetik


13. Perempuan yang mencari cinta akan tersesat jalan


14. Cantik atau hodoh , perempuan tetap perempuan


15. Mata perempuan adalah panah yang tajam


16. Senyuman perempuan akan mempesonakan dunia


17. Perempuan memiliki penawar dan racun


18. Disebabkan perempuan , dunia boleh berperang


19. Perempuan adalah lautan yang penuh rahsia


20. Perempuan adalah gunung yang perlu didaki


21. Neraka akan membakar perempuan yang mendedahkan auratnya


22. Perempuan memerlukan rantai leher bukan rantai lelaki


23. Bukan perempuan kalau tidak cemburu


24. Perempuan melayari hidup dengan bahtera emosi


25. Perempuan adalah burung yang memiliki banyak sayap


26. Impian perempuan lebih tinggi dari gunung


27. Bukan perempuan kalau tidak pandai memasak


28. Perempuan seringkali menipu dirinya


29. Rahsia perempuan tersimpan kemas di hatinya


30. Perempuan berilmu biasanya bijak, perempuan beriman biasanya tawaduk


31. Perempuan ingin mencapai seribu bintang


32. Bukan perempuan kalau tidak pandai berhias


33. Perempuan sanggup menyerahkan apa sahaja kecuali anaknya


34. Hanya perempuan yang boleh menundukkan diktator


35. Tangisan perempuan adalah suara hatinya


36. Perempuan tua tidak memerlukan cermin


37. Perempuan yang bijaksana tidak akan mati ditimpa masalah


38. Bukan perempuan kalau tergamak membuang anaknya


39. Perempuan cantik menjaga wajah, perempuan beriman menjaga maruah


40. Perempuan yang bercinta selalunya kelihatan cantik


41. Kadang-kala perempuan lebih garang daripada harimau


Sesungguhnya, manusia itu dalam kesesatan dan jahil kecuali orang-orang yang beriman dan sentiasa mengamalkan ilmu Allah. Hanya Allah jua yang mengetahui akan setiap musibah yang berlaku tetapi manusia tetap lalai dan tidak mahu mengambil iktibar. Beringat dan sentiasa berwaspada akan hukum Allah supaya kita sentiasa dilindungi dan beroleh kemenangan dan kejayaan hidup. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan