Jumaat, 25 Mac 2011

selamat pengantin baru

Selamat Pengantin Baru dari mak su sekeluarga buat Hazwan dan Noraini....semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Isnin, 21 Mac 2011

dah lama tak menjengah ke blog kesayangan nihh...bukan apa, banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan.Antaranya termasuklah bab keluarga .Cuti sekolah baru aja tamat.Bermulalah semula rutin hidup seperti selalu.Kesibukan .
Di musim cuti nihh...seperti orang lain juga....banyak bebenor undangan kenduri....namun ada juga yang tak dapat ditunaikan kerana beberapa hal termasuklah menunaikan hasrat anak2 pergi bercuti.Cuti kali nihh...makan angin di Kuala Terengganu dan Cameron Highlands.Sebagai kenangan dapatlah bawak balik 4 pasang batik sutera , 3 helai caftan dan beberapa helai batik trengganu.Cuaca agak kurang baik, hujan berpanjangan namun anak2 semangat aja meredah hujan....seronok aja aku tengokkk.Si kakak senyum memanjang...sebab ayah layann aja keinginan anak2.Nampaknya tak dapat nak attach gambar sebab berukband nihh dah buat hal....tadi ok aja...skrang dah merangkak pulak...oklah gambar akan menyusul nanti..bye..