Ahad, 19 September 2010

Gerak gempur UPSR 2010

Hemm... n3 kali ni tentang gerakgempur murid tahun 6 yg akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21,22 dan 23 september 2010.
Dari wajah mereka dah  mula nampak stress kerana exams yg semakin hampir...namun ada juga yg tak kisahpun...
Betapa sayangnya guru-guru kepada mereka...sanggup korbankan cuti Sabtu dan Ahad  untuk berada bersama mereka mengulangkaji pelajaran...dan memberikan tips2 di saat akhir ni.
Semua guru2 SKMB terlibat secara langsung..malahan guru besar sendiri bermalam bersama murid bagi memberi semangat dan perangsang kepada mereka.
Aku pula terlibat dgn slot matematik...jadi sempatlah aku snap beberapa keping gambar bebudak nih.ada jugaklah yang lena tersengguk-sengguk kepala semasa guru membuat penerangan.Apa tidaknya...ada yg nakal tu membuat program 'jangan tidur lagi'.Bantal pun dijadikan sampan..apalagi kayuh laa ramai-ramai atas lantai tu..sedangkan kawan2 lain sedang enak dibuai mimpi.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan