Sabtu, 13 November 2010

cuti akhir tahun 2010

Lagi dua hari persekolahan  bagi negeri Penang....sekolah akan bercuti.Bermacam perkara perlu dibereskan agar perjalanan cuti nanti tidak terganggu dengan panggilan telefon.Pun begitu pada minggu pertama cuti...guru-guru kat sekolah ku perlu berada di sekolah , begitu juga dengan minggu terakhir cuti pada bulan Disember nanti.Yang pastinya pelbagai program telah dirancang untuk dijalankan pada tahun hadapan.Insyaallah.Semalam....pula ada sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan bercerita tahun 2 dan 3 bersempena Kempen Membaca 1 Malaysia....namun tak sempat nak snap gambar sebab aku menjadi pengacara majlis pertandingan tersebut.
Sejak sekolah hampir ditutup nihh....ramai jugak murid yang tidak hadir sekolah...bila ditanya pelbagai alasan diberikan.Kalau alasan sakit perut,sakit kepala, sakit kaki dan pelbagai lagi sakit......dah jadi perkara biasa.Ragam bebudak yang malas dan suka ponteng...macam tu lahh..
Result peperiksaan UPSR pun dah keluar...macam biasa ada yang ketawa dan ada yang menangis serta ada juga yang selamba rocks aja muka depa.....Yang berjaya tahniah  cikgu ucapkan dan yang kurang berjaya tu...usaha lagiii di masa depann...banyak lagi peperiksaan...dunia belum kiamat lagi...teruskan usaha..hahahha ni lah ayat aku guna bila tengok bebudak nangis masa ambik result....nak kata apa lagi....pisau di tangan depa jadi pandai-pandailah depa potong buah kannn....usaha dah dibuat...hanya berserah dan pasrah..
kat bawah nihh gambar bebudak aku Tahun 3 Bestari...mari kita tengok gaya mereka bila bergambar...

ni adalah gambar pengawas cilik dari kelas 3 Bestari...farizwan dan syaufi tu kenapa plak......si irfan kat depan tu membongkok la plak....
yang berbaju biru adalah pengawas sekolah manakala yang berbaju purple tu...pengawas library..comei2 kannnnn...




aksi comei dan kiut miut bebudak nihhh....

cikgu doakan kamu semua berjaya di dunia dan di akhirat....sayang kamu semua...
cikgu Zam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan