Isnin, 16 Ogos 2010

Kek Cawan






Kek cawan menjadi kegemaran dan kegilaan bagi penggemar kek.Kek yang comel dan menawan ini sangat digemari oleh kanak-kanak.Bukan sahaja kerana rasanya yang lazat malahan topping dan hiasannya yang menarik.Kini kek cawan selalunya menjadi pilihan utama dalam majlis2 keramaian.


Bahan-bahan (utk 35 biji )


150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Untuk ising:


100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
Cara-cara


Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
Sapukan ising atas kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.Hias mengikut kreativiti anda.
Selamat Mencubaaaa.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan