Sabtu, 18 Februari 2012

Bilik Pusat Sumber Sekolah Berpindah Lokasi


Bangunan baru telah siap dibina.Bilik Guru telah berpindah ke lokasi  bangunan baru .Manakala Pusat Sumber sekolah (PSS) pula akan berpindah ke lokasi bilik guru lama.Bilik PSS telah lama beroperasi di blok Bangunan Perdana dan kini akan bergerak ke Bangunan Wawasan.Hahahaha.....penatnya bukan main lagi bila bab pindah randah nihh..Almaklumlah bila buat gotong-royong nihh..berapa kerat sangatlah yang sudi membantu...yang ramainya membatuu..kihkihh..tak palah...yang baik tuhh dijadikan teladan...yang tak baik tuhh boleh dijadikan sempadan.Hari nihh...hari kita...esok lusa pulak..hari depa...
Untuk memudahkan kerja....langkah pertama adalah mengupah 4 orang Nepal untuk mengecat semula dinding dan syiling yang dah berpuluh tahun tuhh.Pilihan warna adalah purple dan kuning.Setelah selesai aktiviti mengecat , aktiviti seterusnya ialah mengangkut kesemua perabot dan buku-buku ke bilik PSS baru.Cuma yang paling terkilan bila bab kerja nihh...hanya PK Koku ...Kak Zah...yang nampaknya berminat membantu...yang lain tuhh perggghhhhh...tak apalah...jasamu dikenang...
Selain tuhh ...terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Mohamad dan Cikgu Nor Asmadi yang sanggup laaa bersusah payah mengangkat rak-rak besi dari bilik BOSS.Juga kepada cikgu Habibah ,Teacher Vicky & Teacher Gomala ,Ustazah Zuraini ,Ust. Suraya Mokhtar dan Ust. Husna.Terima kasih juga kepada Cikgu Noreha , Cikgu Safinar,Cikgu Tengku Azizah dan Cikgu Salbiah yang sudi mengelap habuk-habuk kat perabot tuhh.
Hampir sebulan balik sekolah lewat petang...dibantu en. hubby...yang sanggup bersusah senang bersama..alhamdulillah..siap jugak bilik PSS tuhh..walau tak lah segah mana. last sekali...murid-murid kelas 3 Bijak , 4 Bijak dan 5 Bijak yang bersusah payah mengangkat buku-buku ke bilik PSS dengan suasana yang riuh rendah sekali...
banyaknya sampah...rasa nak nangiss bila tengokk.....



haha...tengok tuhh.. berdiri kat dalam sampah....keciannya....sampah dlm bilik guru yang diletakkan sementara di sini.....mana lori nihh...



ni wajah PSS lama.....ruang yang sangat  sempit..susah nak beroperasi...



wajah PSS dari depan...sebelah tuhh adalah bilik Kaunseling..



Segala carta yang dah berhabuk....tak digunakan...kini semua carta dan BBM telah ditempatkan di bilik yang berkaitan.Antaranya bilik MBMMBI, Bilik Matematik ,Bilik Muzik dan juga bilik KH, bilik dan JQaf .



ruang bacaan murid-murid yang terhad...









yang bertungkus lumus membantu


cikgu safinar menolong menyusun cd di rak


cikgu Tengku Azizah sibuk mengelap habuk....



Bilik PSS baru yang masih berselerak....



ha tu....buku berselerak...



rak pun masih kosong.........



dalam proses.........



dah beroperasi......PSS baru...murid pun dah mula dengan aktiviti membaca dan meminjam buku...



gambar yang paling terkini akan diupload nanti............sabarrr...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan