Rabu, 29 Februari 2012

KEM JATI DIRI PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS



KEM KEPIMPINAN JATI DIRI
PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS
TARIKH : 24,25,26 FEBRUARI 2012
TEMPAT: D’OMLAND TIKAM BATU , SG PETANI, KEDAH.
ANJURAN : SK MACHANG BUBOK, BM.


1.    OBJEKTIF PROGRAM
  1.  
    1. Mengeratkan ukhuwah antara pelajar yang menyertai kem jati diri.
    2. Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin pada masa hadapan.
    3. Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala cabaran pada masa hadapan.
    4. Mendedahkan pengetahuan kepada pelajar tentang cabaran yang akan dihadapi kelak. 
    5. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
    6. Menghayati keindahan alam sekitar dan dan fungsinya terhadap kehidupan manusia.
2.        PESERTA
            Terdapat 50 orang peserta yang merupakan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan juga Ketua Kelas serta  Penolong Ketua Kelas. Selain itu, guru-guru yang menyertai Kem Kepimpinan Jati Diri ini ialah Yang Berusaha Pn. Guru Besar dan guru-guru pengiring  serta seorang wakil AJK PIBG sekolah.

         a. Yang Berusaha Pn. Miskiah bt Abd Aziz (Guru Besar SKMB)
            b. Pn. Zalina bt Saad (HEM SKMB)
            c. Pn. Normadiah bt .Hussain ( Unit Disiplin Pengawas Sekolah)
            d. Pn. Zamzulaila bt Omar ( Unit Pengawas Pusat Sumber)
            e. Pn.Hasanah bt CM Mokhtar
            f.  Pn. Tengku Azizah bt Ku Ismail
            g. En. Mazlan b. Maulana
            h. En. Asmadi b. Majid
            i.  Pn. Salinah (ajk PIBG SKMB)



3.         TEMPAT
            Sepanjang aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dilaksanakan di sekitar Kem Kepimpinan D’Omland  kawasan Paya Bakau Tikam Batu Sg. Petani , Kedah.     



RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM

Kem Kepimpinan Jati Diri yang berlangsung selama 3 hari dua malam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua pelajar- pelajar  berpuas hati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Kem ini berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif program yang telah digariskan. Aktiviti ‘flying fox’ pada hari kedua, menguji kredibiliti kepimpinan dan keberanian pelajar. Semangat kerjasama setiap  kumpulan untuk menjaga dan memastikan ahli kumpulan mereka berjaya meredah hutan paya bakau yang penuh dengan onak dan duri dan air lumpur yang busuk dapat mengasah lagi sikap kepimpinan dan disiplin pelajar. Aktiviti ini mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran yang akan dihadapi dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinyaAktiviti ‘Ikhtiar Hidup' di Hutan Kelapa Sawit bukan sahaja memberi pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan untuk dijadikan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya, namun aktiviti ini juga telah mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Kem kepimpinan D’Omland kerana sudi bekerjasama dengan  SKMB menjalankan aktiviti di sana. Kerjasama yang diberikan  amat dihargai. Tidak dilupakan juga jasa pengiring-pengiring, ajk PIBG dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Tanpa komitmen dan kerjasama dari semua pihak, kem ini tidak akan dapat berjalan seperti yang dirancangkan.

Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan dalam membentuk jati diri pelajar dan menjadi pelapis kepada kepimpinan serta menjadi pelajar yang berintelektual, berparadigma dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Mendengar taklimat tentang aktiviti



mata dah ngantuk.....



sesi paling best.......makannnn...



basuh pinggan sendiri nooo................




tazkirah.........



mensyukuri nikmat Allah.....cantiknya bintang....



ceriakan diri.........



mengendurkan urat kaki yang dah tegang..........sebelum menjalani aktiviti meredah kampung sejauh 7km pd waktu malam.





katak yang berjaya meriuhkan suasana di kalangan guru




si kecik syakirin dah mula garu kepala......




solat berjemaah



santai di bilik sambil berehat sesudah aktiviti..........




berjalan kaki meredah kampung..............



aktiviti  'flying fox' yang membuatkan murid kecut perut.



aksi  berani 



dah penat....relek kejap sementara menunggu kawan



Pn. Salinah ...satu-satunya wakil PIBG yang yang sudi melibatkan diri dan banyak berjasa kepada sekolah.



keselamatan diri harus diberi perhatian...




peserta terakhir.........



aktiviti menaikkan ikan siakap dari sangkar.......terima kasih cikgu Umar..



chalet terapung ...boleh memancing kat sini..bawak keluarga sekali..




berjalan kaki ke hutan paya bakau



enjoy berjalan di ladang kelapa sawit.....adlin siap beri tabik pengakap...




aktiviti yang paling riuh rendah dengan jeritan murid perempuan.....dalam jugak air hutan paya bakau nihh..
apatah lagi di waktu nihh air sedang pasang...



Sabtu, 18 Februari 2012

Bilik Pusat Sumber Sekolah Berpindah Lokasi


Bangunan baru telah siap dibina.Bilik Guru telah berpindah ke lokasi  bangunan baru .Manakala Pusat Sumber sekolah (PSS) pula akan berpindah ke lokasi bilik guru lama.Bilik PSS telah lama beroperasi di blok Bangunan Perdana dan kini akan bergerak ke Bangunan Wawasan.Hahahaha.....penatnya bukan main lagi bila bab pindah randah nihh..Almaklumlah bila buat gotong-royong nihh..berapa kerat sangatlah yang sudi membantu...yang ramainya membatuu..kihkihh..tak palah...yang baik tuhh dijadikan teladan...yang tak baik tuhh boleh dijadikan sempadan.Hari nihh...hari kita...esok lusa pulak..hari depa...
Untuk memudahkan kerja....langkah pertama adalah mengupah 4 orang Nepal untuk mengecat semula dinding dan syiling yang dah berpuluh tahun tuhh.Pilihan warna adalah purple dan kuning.Setelah selesai aktiviti mengecat , aktiviti seterusnya ialah mengangkut kesemua perabot dan buku-buku ke bilik PSS baru.Cuma yang paling terkilan bila bab kerja nihh...hanya PK Koku ...Kak Zah...yang nampaknya berminat membantu...yang lain tuhh perggghhhhh...tak apalah...jasamu dikenang...
Selain tuhh ...terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Mohamad dan Cikgu Nor Asmadi yang sanggup laaa bersusah payah mengangkat rak-rak besi dari bilik BOSS.Juga kepada cikgu Habibah ,Teacher Vicky & Teacher Gomala ,Ustazah Zuraini ,Ust. Suraya Mokhtar dan Ust. Husna.Terima kasih juga kepada Cikgu Noreha , Cikgu Safinar,Cikgu Tengku Azizah dan Cikgu Salbiah yang sudi mengelap habuk-habuk kat perabot tuhh.
Hampir sebulan balik sekolah lewat petang...dibantu en. hubby...yang sanggup bersusah senang bersama..alhamdulillah..siap jugak bilik PSS tuhh..walau tak lah segah mana. last sekali...murid-murid kelas 3 Bijak , 4 Bijak dan 5 Bijak yang bersusah payah mengangkat buku-buku ke bilik PSS dengan suasana yang riuh rendah sekali...
banyaknya sampah...rasa nak nangiss bila tengokk.....



haha...tengok tuhh.. berdiri kat dalam sampah....keciannya....sampah dlm bilik guru yang diletakkan sementara di sini.....mana lori nihh...



ni wajah PSS lama.....ruang yang sangat  sempit..susah nak beroperasi...



wajah PSS dari depan...sebelah tuhh adalah bilik Kaunseling..



Segala carta yang dah berhabuk....tak digunakan...kini semua carta dan BBM telah ditempatkan di bilik yang berkaitan.Antaranya bilik MBMMBI, Bilik Matematik ,Bilik Muzik dan juga bilik KH, bilik dan JQaf .



ruang bacaan murid-murid yang terhad...









yang bertungkus lumus membantu


cikgu safinar menolong menyusun cd di rak


cikgu Tengku Azizah sibuk mengelap habuk....



Bilik PSS baru yang masih berselerak....



ha tu....buku berselerak...



rak pun masih kosong.........



dalam proses.........



dah beroperasi......PSS baru...murid pun dah mula dengan aktiviti membaca dan meminjam buku...



gambar yang paling terkini akan diupload nanti............sabarrr...


Watikah Perlantikan Pengawas PSS , Pengawas Sekolah , Ketua Kelas dan Penolong Ketua


comei-comei belaka wehhh.........



Yang bertudung purple tu...Yg Berusaha Guru Besar ..Pn. Miskiah.


Jumaat, 17 Februari 2012

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Aktiviti bermula dengan murid berkumpul di Dataran Perhimpunan.Murid diberi Taklimat dan kemudiannya berselawat beramai-ramai.Seperti kebiasaan pada setiap tahun , murid akan berselawat sambil berjalan merentasi Kampung Machang Bubok.Setiap kelas akan membawa sepanduk masing-masing.Pertandingan sepanduk tercantik telah dimenangi oleh Kelas 6 Bestari dan 4 Bestari.Mai kita tengok gambar bebudak nihh...

........berjalan merentas kampung .....


menjulang  sepanduk kelas masing-masing...


Kerjasama pihak  Polis dalam  menjaga lalulintas dan keselamatan murid


best friend nihh

.......dah letihhh jalan.....duduk pulakkk....