KEM KEPIMPINAN JATI DIRI
PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS
TARIKH : 24,25,26 FEBRUARI 2012
TEMPAT: D’OMLAND TIKAM BATU , SG PETANI, KEDAH.
ANJURAN : SK MACHANG BUBOK, BM.
1. OBJEKTIF PROGRAM
- Mengeratkan ukhuwah antara pelajar yang menyertai kem jati diri.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin pada masa hadapan.
- Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala cabaran pada masa hadapan.
- Mendedahkan pengetahuan kepada pelajar tentang cabaran yang akan dihadapi kelak.
- Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
- Menghayati keindahan alam sekitar dan dan fungsinya terhadap kehidupan manusia.
2. PESERTA
Terdapat 50 orang peserta yang merupakan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan juga Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Selain itu, guru-guru yang menyertai Kem Kepimpinan Jati Diri ini ialah Yang Berusaha Pn. Guru Besar dan guru-guru pengiring serta seorang wakil AJK PIBG sekolah.
a. Yang Berusaha Pn. Miskiah bt Abd Aziz (Guru Besar SKMB)
b. Pn. Zalina bt Saad (HEM SKMB)
c. Pn. Normadiah bt .Hussain ( Unit Disiplin Pengawas Sekolah)
d. Pn. Zamzulaila bt Omar ( Unit Pengawas Pusat Sumber)
e. Pn.Hasanah bt CM Mokhtar
f. Pn. Tengku Azizah bt Ku Ismail
g. En. Mazlan b. Maulana
h. En. Asmadi b. Majid
i. Pn. Salinah (ajk PIBG SKMB)
3. TEMPAT
Sepanjang aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dilaksanakan di sekitar Kem Kepimpinan D’Omland kawasan Paya Bakau Tikam Batu Sg. Petani , Kedah.
RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM
Kem Kepimpinan Jati Diri yang berlangsung selama 3 hari dua malam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua pelajar- pelajar berpuas hati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Kem ini berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif program yang telah digariskan. Aktiviti ‘flying fox’ pada hari kedua, menguji kredibiliti kepimpinan dan keberanian pelajar. Semangat kerjasama setiap kumpulan untuk menjaga dan memastikan ahli kumpulan mereka berjaya meredah hutan paya bakau yang penuh dengan onak dan duri dan air lumpur yang busuk dapat mengasah lagi sikap kepimpinan dan disiplin pelajar. Aktiviti ini mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran yang akan dihadapi dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinyaAktiviti ‘Ikhtiar Hidup' di Hutan Kelapa Sawit bukan sahaja memberi pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan untuk dijadikan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya, namun aktiviti ini juga telah mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Kem kepimpinan D’Omland kerana sudi bekerjasama dengan SKMB menjalankan aktiviti di sana. Kerjasama yang diberikan amat dihargai. Tidak dilupakan juga jasa pengiring-pengiring, ajk PIBG dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Tanpa komitmen dan kerjasama dari semua pihak, kem ini tidak akan dapat berjalan seperti yang dirancangkan.
Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan dalam membentuk jati diri pelajar dan menjadi pelapis kepada kepimpinan serta menjadi pelajar yang berintelektual, berparadigma dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Mendengar taklimat tentang aktiviti
mata dah ngantuk.....
sesi paling best.......makannnn...
basuh pinggan sendiri nooo................
tazkirah.........
mensyukuri nikmat Allah.....cantiknya bintang....
ceriakan diri.........
mengendurkan urat kaki yang dah tegang..........sebelum menjalani aktiviti meredah kampung sejauh 7km pd waktu malam.
katak yang berjaya meriuhkan suasana di kalangan guru
si kecik syakirin dah mula garu kepala......
solat berjemaah
santai di bilik sambil berehat sesudah aktiviti..........
berjalan kaki meredah kampung..............
aktiviti 'flying fox' yang membuatkan murid kecut perut.
aksi berani
dah penat....relek kejap sementara menunggu kawan
Pn. Salinah ...satu-satunya wakil PIBG yang yang sudi melibatkan diri dan banyak berjasa kepada sekolah.
keselamatan diri harus diberi perhatian...
peserta terakhir.........
aktiviti menaikkan ikan siakap dari sangkar.......terima kasih cikgu Umar..
chalet terapung ...boleh memancing kat sini..bawak keluarga sekali..
berjalan kaki ke hutan paya bakau
enjoy berjalan di ladang kelapa sawit.....adlin siap beri tabik pengakap...
aktiviti yang paling riuh rendah dengan jeritan murid perempuan.....dalam jugak air hutan paya bakau nihh..
apatah lagi di waktu nihh air sedang pasang...