Ahad, 24 April 2011

Program Sehari Bersama A&W dan Akhbar Sinar Harian


23 April 2011  -    Aktiviti dimulakan dengan semua murid berkumpul di Dataran Perhimpunan serta taklimat daripada PK Koku Pn. Azizah serta Pn. Wan Hasma selaku ketua  Unit Beruniform SKMB.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah diadakan.Antaranya termasuklah acara 'Belon Panas' , 'Big Foot' , Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 ,pengagihan majalah Bintang Kecil , Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid serta sesi makan ayam goreng .Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat,apatah lagi guru-guru yang mengorbankan cuti Sabtu untuk berada bersama anak-anak murid yang dikasihi.
Layannnnnn........................




cenderhati dari A&W.....








siap siaga untuk pertandingan mewarna.... Tahap 1


bermacam gaya bebudak nihh......


meniup belon sampai pecah...namun bebudak nihh pijak aja...nak cepat

Murid Tahap 2 berehat......penat main ...




pengagihan majalah bintang kecil





para guru sibuk mengagihkan minuman kepada murid




Murid Tahap 1 ditempatkan di dewan....seronoknya 





sesi makan....




A an susah nak makan sebab gigi atas dah rongak...ciannyaaa..



Perkhemahan di Pusat Koku

Pada 7 dan 8 April 2011, pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan unit beruniform di Pusat Ko Kurikulum To' Kun Bukit Mertajam.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti lasak serta melatih sifat sabar dan bekerjasama dalam diri.Pada masa yang sama,murid dapat mengenali diri sendiri dan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.Walaupun kem ini hanya memakan masa 2 hari sahaja namun ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada murid.Pelbagai aktiviti yang dijalankan.Antaranya termasuklah memasang dan menyimpan khemah ,climbing rock, merentas halangan , pertandingan memasak, sesi burung hantu , flying fox dan sebagainya.Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dan juga kepada jurulatih di pusat koku.Tahun depan kami datang lagi.....


murid  sibuk menyalakan api





pengalaman murid menguli tepung




ni lah rupanya tepung yang diuli tadi.......yang kat dalam bekas tuhh..telur yang dibalut ngan tanah liat dan dibakar.....tu haa ..murid bakar sampai meletup-letup..




inilah hasilnya......resepi bebudak nihh...dah ternganga penat tu......




bersemangat tuhh......



aktiviti merubtuhkan khemah




hemmm.....melipat khemah....





berkumpul sebelum bersurai.....








Rabu, 20 April 2011

AlFatihah buat ayah yang dikasihi - Tn. Hj Omar Talib

Alfatihah. Tanggal 19 April 2011 , ayah telah kembali ke rahmatullah.Hanya iringan doa  dari  kami anak-anak  ayah .Terima kasih kepada Tn Hj Salleh , sanak saudara dan sahabat handai yang menziarahi dan menghulurkan  tangan  dalam menyempurnakan segalanya.
Kehilangan yang amat sukar ini , menuntut ketabahan kental dalam hati.Hanya iringan doa memohon ke hadrat Illahi semoga ayah digolongkan bersama para solehin dan berbahagia di sana.Ya Allah..., tempatkanlah ayahku ditempat yang terbaik disisi-Mu ya Allah, terimalah segala amalnya, ampunilah  kesalahannya,  tabahkan lah kami anak-anaknya.

Kalimat 'ayah' semakin kerap  bertandang di hati dan minda.
Panggilan telefon itu benar-benar melonglaikan lututku.Setiba sahaja di rumah ,aku menerpa ke  bilik ayah kerana seperti selalu tangan basahnya akan kucium dan mengusiknya manja.Ayah tiada.Ku bergegas ke ruang tamu.Kulihat emak membetulkan kain yang menyelimuti ayah.Wajah emak tenang seperti selalu cuma suaranya sebak bila kusapa.Dengan perlahan aku mengangkat kain nipis yang menutup wajah ayah.Wajahnya kulihat tenang. Dalam hati ,aku menjerit memanggil ayah ...ayah..ayah...rasa seperti ingin kupeluk dan kucium ayah. Airmata tak dapat kutahan lagi.Terus ku capai  surah Yasin , kualunkan, serentak itu ... satu persatu kenangan bersama ayah menjelma di kotak fikiran. Airmata ini mencurah laju ....seorang sahabat memegang belakang ku dan berbisik...sabar.. banyak bersabar lela..
Airmata ini masih lagi mengalir. Cuma aku berdoa moga hatiku setabah emak.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang
Ya Allah ya Tuhan ku...
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu kepadaku
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah...
Ya Allah...
Segala pujian bagiMu 
Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim...
Ya Khaliq.... ampunkanlah kesalahan ayahku
Kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku ketika aku kecil
Aku terlalu banyak terhutang budi kepadanya ya Allah
Titik peluhnya basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah  mengadu letih
Tidak pernah  mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup diluah untuk diberikan kepadaku
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ketika ini aku terkenang semua itu
Dikala ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dan kini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah ayahku, ampunilah dosa-dosanya,
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Tuhan Sekelian Alam...
Amin...

Ahad, 17 April 2011

Majlis Perpisahan "Bapa Angkat Sekolah" - MBSB

Setelah hampir 5 tahun menjadi bapa angkat sekolah...kini tiba masanya untuk mengucapkan salam perpisahan.Pihak syarikat MBSB sebagai bapa angkat akan melebarkan sayap mereka ke Malaysia Timur pula...Terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa yang pihak Tuan/Puan berikan kepada sekolah.Hanya Allah sahaja  membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan demi anak bangsa tercinta.
menyambut tetamu dengan paluan kompang



semua bergerak menuju ke dewan




khemah vvip dan guru-guru


murid bersiap sedia untuk persembahan "istana ratu"



kumpulan boria sekolah dan  coral speaking group





sesi menjamu selera




murid-murid Tahap Satu menjamu selera



Persembahan murid

wau bulan

inilah rupanya wau bulan yang telah disubmit pada lecturer bulan lalu ..entahlah..hari nihh bila check lms....waaa... dapat  score 28/30 .Daripada asalnya berwarna hijau kuning...akhirnya dah bertukar warna purple , kuning ,biru dan hijau..pada yang dah pakar buat wau tentulah kacaaaang aja kan...susah bebenor nak melentur buluhnya bagi mendapatkan bentuknya...namapun wau bulan...lagi mencabar bila nak buat motifnya tuh..apa pun alhamdulillah..projek dah selesai...

Pokok mempelam dah mula berbuah

Setelah hampir 6 tahun ,akhirnya pokok mempelam nihh berbuah juga....sungguhpun pokok ni tak dijaga sepenuhnya ,bersyukur kerana kami dapat menikmati sendiri kenikmatan memetik hasil tanaman sendiri.Tanah yang berkeluasan yang kecil ini kami beli setelah suamiku berpindah tempat kerja di sini.Syukur atas rezeki yang Allah kurniakan ini.Tatkala suami memanjat pokok , mata aku menerawang melihat pokok-pokok rambutan dah mula berbunga...begitu juga dengan pokok kelapa yang dah mula berbuah sulung.Seronoknya...memang hobi suamiku bercucuk tanam.Berpindah ke rumah baru lebih kurang 4 bulan yang lalu ....menebalkan lagi semangatnya bertani.Pelbagai sayuran yang ditanam dan menunggu masa untuk dipetik buahnya.antaranya termasuk bayam,kacang panjang yang telahpun berbuah,bendi,ulam raja,cili,tomato dan banyak lagilah....

kacang panjang ....buat ulam sedap nihhh..


pokok kacang panjang


pokok kariiii.............



pokok mempelam


pokok kedondong

tembikai susu yang ditanam oleh syaufi.....


pokok kunyit....semakin menghijau



pegaga ,ulam raja dan  pokok rambutan semakin meninggi...














Comel

ketika berusia 2 hari




dah 8 hari....bulunya dah mula menggebu.....

Anak kucing nihh baru berusia seminggu.Kutemuinya dalam longkang setinggiku di hadapan rumah.Ketika kutemuinya,badannya dihurungi semut dan matanya pulak tertutup rapat.Hanya terdengar bunyinya yang lemah.Atas dasar kemanusiaan dan sayang terhadapnya.....syaufi anakku turun ke dalam longkang dan mengutipnya.Memang kusangkakan ia akan mati .Aku membersihkan badannya dan membungkusnya dengan kain supaya tidak kesejukan.Agak sukar nak berinya minum susu kerana ia masih kecil. Aku menggunakan penyedut minuman susu berkultur yang saiznya lebih kecil dan kutitiskan ke dalam mulutnya.Dua hari selepas itu,aku ke kedai haiwan dan membelikan botol susu anak kucing dan juga susu khas buatnya.Kini si comel dah boleh bergerak ke sana sini.Malahan bulunya semakin menarik perhatianku.Rasanya ..anak kucing nihh akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami.Setiap hari...anak-anakku berebut untuk membancuh susu buat anak kucing nihh.Mereka dah mula sayang padanya.Malahan suamiku yang agak keberatan menerima kehadiran kucing nihh dah mula merenung ke dalam kotak jika berkesempatan.