Isnin, 20 Disember 2010

aktiviti aku....

Beberapa hari sahaja lagi,cuti sekolah akan tamat...dan pastinya ibu bapa semakin sibuk membuat persiapan membeli pakaian dan peralatan sekolah untuk anak-anak.Hemm...banyaklah pasaraya yang membuat jualan mega...kononnya penghabisan stok...dan diskaun sana-sini.Apapun berhati-hati dengan taktik peniaga yang kebanyakannya sangat rakus menipu dan bermuka-muka..aku pulak belum membuat apa-apa persiapan untuk anak-anak kerana aku baru sahaja selesai menghadapi exams.hari nihh aku perlu bergerak ke kampung suami kerana ibu mertuaku dah tak sabar-sabar nak datang ke rumah kami...hihihi..rindu kat aku kott...
aktiviti masuk rumah baru semua dah selesai..jadi seperti yang telah aku janjikan..nihh aku attach sekali gambar...jgn ketawa dah laaa..

mengecat ngan kusyuk sekali.....




pemasangan pagar rumah.........



kain langsir ...hijau warna kegemaranku.....



semangat berkebun.....



pemasangan langsir.......


Selasa, 14 Disember 2010

Update


salam.Dah agak lama aku tak menjengok blog nihh..kesibukan berpindah rumah dan exams menyebabkan aku agak menjauhkan diri dari dunia blogging nihh.Lagipun di kawasan ni..berukband aku dah jadi semakin mangkuk hayunn..hihiihi..
Suasana baru nih agak mencabar....sunyi bebenor tinggal kat sini jika dibandingkan dengan rumah lama.Dan aku dah dapat jiran baru...dan jiran kat depan rumah aku nih..suatu hari tu datang ke rumah dan meminta izin untuk masuk ke dalam rumah melihat rumah kami.Nak tergelak jugak aku dengan gelagat dia tapi saboooor ajalah.Bukan ada apapun...rumah aku nihh bersepah-sepah...almaklumlah banyak barang yg masih dalam kotak.
Jadi aku parking aja barang tuhh kat mana yang aku rasa sesuaiii...contohnya kat bawah tangga hihihi...sementara aku kemaskan benda yang penting dulu..umpamanya bilik dapur dan bilik tidur..hihihihi..
Anak-anak pun dah dapat menyesuaikan diri kat sini...apa taknya taman permainan kat depan rumah...si kecik tuhh asyik berbuai dan bergelongsor aja tiap petang.
Di rumah lama ...masih ada lagi barang-barang yang belum diambil...rasanya lagi sekali lori tu datang habih la kot...kesian drebar lori hari tuhh..demampun masih tolong angkat barang aku...dah 2 trip lori tuhh..dan beberapa orang mynmar tolong angkatkan barang yang berat..terima kasih kuucapkan.
ok..aku terpaksa berhenti dulu sbb...nanti bila line clear aku akan uploadkan gambar terbaru rumah kami...bye..